Pertambahan populasi manusia dan kadar penggunaan bahan semulajadi telah meningkatkan lagi kadar kepupusan haiwan-haiwan ini.
Berikut disenaraikan haiwan-haiwan comel yang hampir pupus di seluruh dunia.
Sand cats
(kucing pasir) merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang
tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika
Utara, Asia Barat dan Asia Tengah.Sejak tahun 2002 kucing pasir ini
telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International
Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang
mendadak.
2. Egyptian Tortoise
Egyptian
Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman’s
tortoise atau Leith’s tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang
kritikal.Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab
namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena
dengan nama kura-kura ini.
Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.
3. Sea Otter
Sea Otter
ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin mengambil bulu
mereka.Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik berkurangan kepada
kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20.
Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi sea otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.
4. Fennec Fox
Fennec Fox
yang mendiami kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi
belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat mereka
menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan.Telinganya
yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam dengan berfungsi
untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan
daripada haba padang pasir.
5. Mexican Axolotl
Mexican
Axolotl ini merupakan salah satu spesis salamander dan tinggal di dalam
air.Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan kurang daripada 1200 ekor
yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi pokemon ini
yang masih terpelihara.
6. Pika
Pika yang
merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang
besar dan tidak mempunyai ekor.Menurut World Wildlife Foundation WWF),
binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada kesan pemanasan
global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap
di kawasan tanah tinggi.
Apabila pemanasan global semakin
meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurang dan bakal membawa
kepupusan kepada salah satu spesis pokemon ini.
7. Mandarin Duck
Mandarin
Duck yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana
hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang colourful manakala si betina
hanya berwarna plain.Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan
spesis itik ini namun ianya masih lagi boleh dijumpai di beberapa
kawasan di Asia Timur.
Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang sangat tidak sedap.
8. Slow Loris
Berasal
dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir pupus
kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit
dan mempunyai nilai-nilai spiritual.Kokang ini memang nampak sangat
comel tapi seperti gadis-gadis comel yang mampu mematahkan hati para
jejaka, Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang
berbisa.
Ia menyimpan racun di dalam kantung pada
bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara yang sangat awesome
iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum
melancarkan serangan gigitan berbisa
9. Beluga Whale
Ikan paus
Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan
berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman
di habitatnya di Alaska.Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang
tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini.
10. Black Footed Ferret
Berasal
daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap
terancam oleh IUCN.Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada
tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai
di Wyoming, Amerika Syarikat.
Usaha-usaha pemuliharaan yang giat
dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000 ekor
berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan
terancam paling berjaya di Amerika Syarikat.
11. Gray Gentle Lemur
Gray
Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini merupakan salah satu spesis
yang hanya boleh dijumpai di Madagascar.Juga dipanggil bamboo lemur,
pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.
12. Hawaiian Monk Seal
Spesis
monk seal yang masih tinggal di dunia, anjing laut ini hanya tinggal
kira-kira 1100 ekor di habitat liar.Diburu sehingga berada dalam ambang
kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis
yang dilindungi.
13. Matschie’s Tree Kangaroo
Spesis
kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di
Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira
11,000 kaki.Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di
atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan
menggunakan anggota badannya yang kuat.
Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang kepupusan.
14. Iberian Lynx
Iberian
Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal
menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas,
yang kini menjadi kebimbangan WWF.Apa yang lebih membimbangkan ialah
disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya
terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk
membiak.
15. Giant Panda
Dipercayai
hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di habitat liar.Walaupun pelbagai
usaha giat dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan
baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ianya terdedah
kepada ancaman pemburuan haram.
No comments:
Post a Comment