TEKAN INI!!

Tuesday, 9 April 2013

Pendaratan Manusia Di Bulan Satu Pembohongan [Bahagian 2]

Artikel ini disambung daripada artikel yang penuh kontroversi iaitu Pendaratan Manusia Di Bulan Satu Pembohongan. Jika ada pembaca yang masih belum membacanya, silalah baca artikel tersebut terlebih dahulu.
Setelah bertahun-tahun NASA dituduh memalsukan pendaratan di bulan, baru kini mereka tampil dengan gambar-gambar kononnya bukti pendaratan manusia di bulan itu adalah betul-betul berlaku?

319917_191646367571096_2134316702_n

Gambar-gambar permukaan bulan yang terbaru itu dirakam oleh Lunar Reconnaisance Orbiter (LRO). Mereka mengatakan ianya jelas menunjukkan kesan tapak kaki angkasawan, lunar rover dan tanda-tanda kesan bakar kapal angkasa.

298902_191646654237734_1648956943_n

Jelas ke gambar-gambar dan video ini:
Sedangkan mereka mempunyai teleskop-teleskop yang berkeupayaan mengambil gambar permukaan matahari yang lagi tersangat beza jauhnya. Dapat zoom ke planet-planet lain dan galaksi-galaksi lain, takkan gambar permukaan bulan setakat itu saja mereka mampu? Kenapa tidak bawakan imej yang lagi dekat dan jelas? Malah comment di bawah video tersebut banyak yang menyangkal tentang pendaratan manusia di bulan dan percaya ianya suatu “HOAX” semata-mata.
Antara Comment Yang Dilontarkan:

comment 3 comment 1 comment 2
Lagi pun sekadar gambar-gambar ini, amat mudah untuk dipalsukan. Zaman Photoshop kalau setakat bawa gambar begini, bagaimana untuk dijadikan hujah? Takkan ini saja yang NASA boleh lakukan, setelah mengambil masa bertahun-tahun untuk membawakan bukti bergambar?

298492_191647394237660_2079278687_n

Antara yang perlu dijawab dengan baik oleh NASA


1 – Kenapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar? Jika di permukaan bulan tidak ada oksigen dan udara, dengan kata lain suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar.  Memang NASA telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut, tetapi tidak diletakkan kipas angin untuk membuatkannya berkibaran dan bergoyang-goyang. Jika hanya diletakkan batang paip, maka sepatutnya bendera itu hanya tegak diam-diam, bukan menari-nari seperti ditiup angin.


2 – Tidak ada kesan hentaman jet modul pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi tapak-tapak kaki di situ masih wujud.


3 – Tapak kaki angkasawan tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat.  Debu-debu di permukaan bulan dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki yang dalam dan details?


4 – Pergerakan para angkasawan di bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan pergerakan-pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah di gambar gerak perlahankan (slow motion).


5 – Batu-batu yang dibawa pulang adalah serupa dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika.  Kemungkinan batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.


6 – Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif jurugambar dari bayang tersebut.


7 – Seolah-seolah digunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video rakaman NASA.


8 – Kesemua 6 kali pendaratan manusia di bulan dilakukan pada masa pemerintahan Presiden Nixon, dan tidak ada satu pun selepas zamannya hinggalah sekarang.  Zaman dulu mudah untuk menipu dan memainkan pemikiran orang, tetapi cuba buat zaman sekarang. Silakan NASA hantar seorang ke bulan sekarang kalau dapat, sedangkan teknologi sekarang jauh lebih maju.


9 – Suasana langit ketika di permukaan bulan adalah hitam gelap pekat. Tetapi kenapa sampai langsung tidak nampak bintang di langit? Sedangkan atmosferanya bukan macam bumi, yang ketika matahari memancar terik di atas langit jadi biru.  Tetapi alasan aperture kamera dan setting-settingnya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.


10 – Perekabentuk kamera untuk misi ke bulan itu iaitu Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan. Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera, mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.


Dan banyak lagi keadaan-keadaan lain yang jelas lagi membuktikan bahawa pendaratan di bulan itu hanyalah satu hoax.  Dan mengikut kajian para pengkaji teori konspirasi, semua aktiviti yang kononnya di permukaan bulan itu dibuat di dalam studio dan juga di sebuah kawasan padang pasir yang top secret di AS yang diberi nama Area 51.

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com