Ya, dalam lebih kurang 7 billion manusia di dunia, dua manusia sahaja yang mengetahui rahsia sulit ini.
Apakah dia? Rahsia ketenteraan Amerika? Konspirasi perbankan yahudi? Tidak.
Ianya adalah resipi makanan yang mungkin anda selalu makan.
KFC.
KFC mula
diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang
mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana,
pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk
menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan
berjaya hinggalah ke hari ini.
Tapi apa
yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang
dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja
di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang
ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu
pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah
ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran
herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di
Amerika.
Hanya dua
orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala
executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi
itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti
ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan
berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan
keselamatan.
Tapi itu
tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin
mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun
Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan
keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.
Untuk itu,
KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja
untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk
menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:
"Kami
memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit
setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang
disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal
bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat
jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk
masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor
pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada
bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa
pengetahuan kami."
"Gimme your mooooneyy..."
Seriously? Ini resipi nak gorang ayam je kot!
Jadi kalau
lain kali anda pergi makan di KFC cuba fikirkan bagaimana resipi ayam
goreng yang anda makan tu disimpan begitu ketat macam dalam cerita
Mission Impossible hinggakan hanya dua orang sahaja di dunia ni yang
tahu rahsia tersebut. Pasti pelik rasanya.
No comments:
Post a Comment