]
20 Orang Yahudi Masuk Islam Setiap Tahun | Sebuah kajian yang dilakukan
oleh Isaac Ritter Profesor Pusat Pengajian Jerusalem menyatakan bahawa
sekurang-kurangnya 20 warga Yahudi Israel memeluk Islam setiap tahun.
“Semua Yahudi yang masuk Islam kebanyakan adalah wanita yang mengaku
bahawa mereka masuk Islam untuk berkahwin dengan seorang lelaki Muslim,” kata Ritter.
Menurut sebuah hasil kajian yang diterbitkan oleh surat khabar “Yediot
Ahronot”, agama Islam dan dakwah Islam telah mula menembusi barisan
orang-orang Yahudi, di mana pendakwah Islam di wilayah pendudukan Israel
berpenampilan ala Salafi, mendekati orang-orang Yahudi dan mengundang
mereka agar masuk Islam dengan menggunakan bahasa Ibrani yang fasih,
cara tersebut menyumbang kepada kejayaan misi dakwah mereka.
Surat khabar tersebut menunjukkan bahawa penerbitan dari dakwah Islam di
kalangan orang Yahudi dipengaruhi oleh program-program Islam yang
disiarkan oleh saluran satelit di Timur Tengah, Eropah, forum dan
website.
Ritter sendiri menambah bahawa dakwah Islam terhadap orang Yahudi Israel
dalam bahasa Ibrani adalah yang pertama seumpamanya selama lebih
daripada 30 tahun.
No comments:
Post a Comment