LOS ANGELES, 16 JAN 2008: Salah satu azam Britney untuk 2008 adalah cuba
berbaik-baik dangan golongan paparazzi. Lebih dari itu, Britney yang
menjadi perhatian setiap paparazzi sepanjang tahun 2007 kerana sikapnya
yang liar dan tidak terkawal itu, sudah membuat keputusan untuk berkawan
dengan seorang paparazzi bernama Adnan Ghalib kelahiran Maghribi.
Apakah motif sebenar Britney?
Kerana terlalu taksubkan jejaka berkenaan, Britney yang baru kembali
dari bercuti di Mexico dengan lelaki itu, didapati memakai baju kahwin
yang pernah dipakainya pada 2004 ketika pernikahannya bersama bekas
suaminya, Kevin Federline (K.Fed).
Adakah itu bermakna, Britney sudah menjadi isteri kepada Adnan? Kalau
tidak, manakan boleh dia berpakaian sedemikian di hadapan khalayak?
Bukan itu saja, malah kecoh di laman web, blog dan media antarabangsa
yang mengatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam, selain berusaha
untuk mendapatkan seorang lagi anak. Adakah benar atau hanya permainan
gimik?
Lebih awal daripada itu, sehari sebelum penyanyi yang popular dengan
lagu Gimme More itu dikejar ke hospital pada 4 Januari lalu, beliau
telah meninggalkan satu nota yang telah dijumpai oleh pengawal
peribadinya.
Antara kandungan nota tersebut adalah seperti pelbagai alasan mengapa
dia sudah tidak layak untuk hidup lagi, termasuklah juga beberapa puisi
berkaitan kematian. Britney turut mengatakan bahawa, kehidupannya sudah
tidak bermakna lagi.
Selain itu juga, Britney turut mangadu bahawa hidupnya kini sering
dibelenggu kesunyian dan penuh dengan ketidakadilan. Tulisnya dalam nota
berkenaan, satu-satunya jalan penyelesaian terbaik untuk dirinya adalah
dengan meninggalkan dunia ini.
Sampai sekrang tak masuk masuk pun Islam, ternyata Britney tu cakap bohong yang mendengar pun satu pergi percaya dan hebohkan.
No comments:
Post a Comment