Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.
Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.
Dalam
sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda: Tiga hal termasuk perangai
yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah
sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat
untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia
melakukannya sambil berdiri.
[Hadis
daripada Buraidah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam
Mu’jam al-Ausath ] no: 5998 (Bab Nama-nama yang bermula dengan Muhammad,
hadathana Muhammad bin al-Hasan bin Makrum...........) dan isnadnya
dinilai sahih oleh penyemak: Mahmud Hasan Ismail. Juga dikeluarkan oleh
al-Bazzar dan dinukil oleh al-Haithami dalam Majma al-Zawaaid, jld 2, ms
83, no 2454 dengan lafaz yang sedikit berbeza. Kata al-Haithami: Para
perawi al-Bazzar adalah perawi yang sahih.]
Hudzaifah
r.a. pernah berkata: Adalah aku bersama Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan
sampah sebuah kabilah sambil berdiri.
[Sebahagian
dari hadis yang panjang, dikeluarkan oleh Ibnu Jarud, Muslim, Ibnu
Khuzaimah dan lain-lain, lihat Sahih Muslim ] no: 273. (Kitab Taharah,
Bab Menyapu di atas kasut)]
Sementara
itu ada sebuah athar drpd A’isyah r.a.: Sesiapa yang menceritakan
kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil
secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah
beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.
[Hadis
dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain, dinilai
sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi ?no: 012. (Kitab
Taharah, Bab Tentang larangan kecing berdiri).]
Penerangan
A’isyah ini tidaklah bertentangan dgn penerangan Hudzaifah. Penafian
A‘isyah di atas sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri
terhadap kehidupan harian Rasulullah saw di rumah. Perlu diingatkan
bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau
bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau
hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang
lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi
tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah
ketika bermusafir.
Oleh
itu yang utama adalah membuang air kecil secara duduk. Ini termasuk
sunnah kebiasaan Rasulullah dan juga etika Islam. Namun jika keadaan
tidak mengizinkan maka dibolehkan kencing berdiri. Ia tidak ada kena
mengena dengan membaik pulih kaki syaitan yang patah.
No comments:
Post a Comment