Mulai
sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis
penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-
1. Serangan Jantung :
Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung
memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar
dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan
dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering
berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap
kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke :Satu
kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public
Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu,
hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak :Rutin
berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah
kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang
tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat
badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan :
jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan
lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan
kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser :
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki.
Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal
carcinoma).
Kita tahu,
bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air
besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama
dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan
boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis :
Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat,
rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis
tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang
banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling
kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari
osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis :
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50
minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang
bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive &
Kidney Diseases).
Selagi
gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk
walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara
rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi :Berjalan
kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya
diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah
berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
No comments:
Post a Comment