Haaa mesti korang pelikkan? Pernah tak
lalui masalah kehabisan telefon bimbit terutama saat genting? Mestilah
pernah ye dak? Telefon ibarat nyawa kot sekarang nih.
Sekarang ni korang tak perlu runsing
lagi kerana secawan kopi panas atau sejuk sudah mampu menyelesaikan
masalah anda yang sering kehabisan bateri telefon bimbit. Sebuah
syarikat elektronik beribu pejabat di New Castle, Pennsylvania di
Amerika Syarikat, Epiphany Labs telah mencipta prototaip pengecas yang
kuasanya dijana menggunakan minuman panas atau sejuk untuk memastikan
bateri telefon sentiasa penuh.
Ciptaan yang dikenali sebagai The
Epiphany One Puck mempunyai dua bahagian berwarna merah untuk air panas
dan biru bagi air sejuk. Gajet tersebut menggunakan penjana yang
dikenali sebagai Stirling untuk menukarkan tenaga haba kepada tenaga
elektrik yang kemudiannya disambungkan kepada telefon bimbit melalui
kabel USB.
Buat masa ini, firma Epiphany Labs
masih menguji tempoh yang diperlukan gajet itu untuk mengecas telefon
bimbit berdasarkan tahap kesejukan atau kepanasan sumber. Pegawai
Epiphany Labs, Tim Joseph berkata, pihaknya masih mengumpul dana bagi
merealisasikan projek tersebut untuk memasarkan gajet berkenaan secara
besar-besaran.
“Idea menggunakan penjana Stirling bukan
perkara baharu, tetapi tiada pihak yang berjaya menghasilkan gajet
berguna yang dijual secara meluas di pasaran. “The Epiphany One Puck
dijangka mula dijual pada awal tahun depan dengan harga AS$114 (RM351)
seunit,” katanya.
Haaaaaaa amacam? Teruja tak? Kalau dijual, kompem aku pun grab satu. Hikhik
No comments:
Post a Comment