TEKAN INI!!

Thursday, 11 April 2013

Kisah Pengislaman Adam Corrie Lee Bin Abdullah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di sini dikongsikan kisah di sebalik pengislaman Adam Corrie Bin Abdullah..

Dipetik Dari Fp Adam Corrie..


Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman
13 July 2007 in Bangunan PERKIM jln ipoh
13 Julai 2007,

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?
1. Kaabah. – sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.
2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.
Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

“Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah.”

Ketika tidur saya telah bermimpi SEPERTI berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. INSAN atau Hamba Allah tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah. Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)

Ketika mengerjakan Umrah, saya solat di hadapan Kaabah
Alhamdulillah :) beberapa kali masuk waktu solat. Saya dapati dahi saya membengkak seperti telur. Apabila ia membengkak ia menyukarkan saya sujud. Tapi gagahkan juga untuk sujud. Bengkak di dahi tersebut surut memakan masa 4 bulan untuk surut sepenuhnya sedikit demi sedikit. Dan masih ada kesan tanda hingga sekarang.

Hadiah dari Allah ketika menjadi tetamuNya.
Alhamdulillah :)

Saya masih menghormati agama keluarga saya. tidak pernah kata memandang hina pada agama lain. Belajar menghormati bangsa lain dan agama lain.

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com