SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin
itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat
isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari
bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah
melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu
dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum
melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit
benar-benar mati.
Tragedi
terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang
sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan
memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan di
wilayah bergolak itu.
Kejadian
itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan
masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan
menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak
berkuasa.
Bagaimanapun
sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan
kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak
tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.
Seorang
saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas
kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke
dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.
Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
‘‘Ketika
kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf
kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami
mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.
‘‘Kami
bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam
gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.
‘‘Saya
kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke
arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat,
tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar
mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Hassan
berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan
kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran
mereka tidak disedari.
Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.
‘‘Selepas
bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama
mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan
darah.
‘‘Ketika
itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah
seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat
terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.
‘‘Seorang
lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang
berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan
setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,”
katanya.
Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.
Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauanUtusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.
Malah
ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia
dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang
ini.
Tinjauan
juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan
tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.
AR-RIJAL:
diambil dari berita utusan online.Kita mungkin rasa bersyukur negara
kita aman.tapi kita juga perlu ada rasa marah yang amat
sangat.benar,buat masa sekarang memang seperti nampak x ada apa boleh
kita buat dan bantu.tapi pastikan semangat yang ada tak mati.janganlah
bila tengok berita ini hanya sekadar :”erm.ok.ada orang kena
tembak.so?”.
sekurang nya,mungkin mereka yang disana mendapat shahid..kita???
No comments:
Post a Comment