PETALING JAYA: Peserta program realiti Mentor musim keenam,
Zatul, menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung
kes rogolnya oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd.
Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah
menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan
dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.
"Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.
"Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau
tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini," katanya yang
dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.
Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad
Daud (Ogy) itu diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd yang mendakwa
dia difitnah oleh Zatul atas tuduhan rogol.
Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini berkata, dia berhasrat
mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas fitnah itu kerana
kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.
Dalam pada itu tambah Zatul, nama baiknya juga tidak terjejas sekiranya
Mohd yang merupakan protege kepada Ziana Zain mengambil pendekatan untuk
terus memburukkan namanya kepada pihak media.
“Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen,” jelasnya.
Terdahulu Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 26, yang ditemui mStar Online selepas
acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di
Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu mendedahkan Zatul pernah
mengajaknya berkahwin sebelum ini.
Malah kata Mohd, Zatul juga merupakan peminatnya sehinggalah mereka menjadi rakan artis selepas wanita itu menyertai Mentor 6.
"Sebelum ini Zatul merupakan peminat saya dan kemudian kami menjadi
rakan artis. Entah kenapa tiba-tiba dia ajak saya kahwin dan dia dah
bersedia dengan semua persiapan majlis perkahwinan. Siap nak bawa jumpa
keluarga lagi.
"Alih-alih, pada 5 Februari, saya ditahan reman atas tuduhan merogolnya
pula. Mujurlah saya hanya ditahan empat hari sahaja kerana tiada bukti
yang kukuh daripada pihak polis," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga juara program
realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara
Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan
kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira
pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di
Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
No comments:
Post a Comment