Sistem brek bas tidak berfungsi ketika
membawa keluar pengganas Sulu yang ditahan di kawasan pertempuran di
Kampung Tanduo serta menyaksikan pengganas yang tidak mati walaupun
ditembak bertalu-talu adalah antara pengalaman yang sukar dilupakan
pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.
Berkongsi pengalaman dan kisah pelik
dengan media, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang
lebih sebulan terbabit dalam Ops Daulat di Pantai Timur Sabah berkata,
bas berkenaan disahkan sempurna bahagian teknikal Polis Diraja Malaysia
(PDRM) sebelum membawa naik pengganas berkenaan.
Masalah mula dikesan selepas pengganas dibawa keluar menuju ke Balai Polis Cenderawasih, FELDA Sahabat kira-kira 30 kilometer dari Kampung Tanduo.
Masalah mula dikesan selepas pengganas dibawa keluar menuju ke Balai Polis Cenderawasih, FELDA Sahabat kira-kira 30 kilometer dari Kampung Tanduo.
Seorang anggota JSJ yang enggan dikenali
memberitahu dia mengesan perlakuan pelik beberapa pengganas terutama
yang berumur lewat 60-an ketika membawa mereka ke balai polis sehingga
pemandu bas sukar mengawal stereng selain bas menghadapi beberapa
masalah teknikal.
Berasa pelik
“Saya berasa pelik melihat mulut mereka
terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu sambil meludah ke lantai
manakala sebahagian lagi menghantukkan kepala ke dinding berulang-kali
dengan perlahan sambil menyanyikan sesuatu yang tidak kami fahami.
“Tidak lama selepas itu bas kami gagal
dikawal seolah-olah ada satu kuasa ghaib yang mengendalikannya sehingga
sistem brek bas gagal berfungsi dan memaksa pemandu merapatkan bas ke
kiri jalan kawasan berbukit bagi mengelak kami terjunam ke kawasan gaung
di kanan jalan,” katanya ditemui pada Majlis Menyambut Kepulangan Wira
Negara, di sini, kelmarin.
Tukar kenderaan
Masalah brek berterusan walaupun kami
menukar bas dan keadaan hanya kembali pulih apabila semua tahanan
kemudian dibawa menaiki lori ke Balai Polis Cenderawasih.
Bagi Superintendan Fadil Marsus, yang
juga antara ketua operasi JSJ dalam Op Daulat berkata, pengalaman
memastikan kelancaran perjalanan siasatan kes dalam Op Daulat sangat
berbeza dengan tugasan membanteras penjenayah seperti sebelum ini.
Beliau yang kini memegang jawatan
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, tugas setiap pegawai
dan anggota JSJ adalah sebagai pasukan sokongan untuk memastikan keadaan
selamat ketika mengiringi tahanan pengganas Sulu ke mana-mana lokasi
selain memastikan kelancaran operasi pemeriksaan pasukan forensik.
Bagi Sarjan Zumet Ibok, yang bertugas di
Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, tugas mengiringi
beberapa pemimpin tertinggi PDRM juga dianggap sebagai satu tugas
mencabar sepanjang Op Daulat.
“Ini kerana semua orang-orang penting
pasukan PDRM sentiasa menjadi sasaran musuh (pengganas Sulu) untuk
dijadikan tebusan,” katanya
Read more: http://www.nescafeais.com/pencerobohan-sabah-pengganas-bersikap-pelik/#ixzz2Pn4N20NX
No comments:
Post a Comment