TEKAN INI!!

Friday, 5 April 2013

10 'kelebihan' kasut tumit tinggi/stiletto boleh mengundang parah


 

Sebelum aku bercerita mengenai 'kelebihan' memakai kasut tumit tinggi/stiletto,ayuh aku bawa sejarahnya sebagai pembuka,bak kata orang ‘tak kenal maka tak cinta’ dan untuk isu ini aku mahu tukar frasa itu menjadi ‘dah kenal baru tak cinta’ ;)

“Stiletto” bermaksud “dagger”(pisau kecil yang runcing hujungnya,digunakan sebagai senjata) dalam bahasa Italia.Pada 1500-an,reka bentuk ini popular di Itali,Perancis dan Sepanyol,di mana kasut bertumit tinggi pada masa itu asalnya dikenali sebagai “Chopines” .Kasut ini adalah representasi status sosial pemakai.Semakin tinggi tumitnya,semakin tinggi status sosial pemakainya.

Pada era 1940-an,penyanyi ternama Paris;Mistinguett telah menjadi model pertama yang memperagakan kasut tumit tinggi/stiletto hasil rekaan Andre Perugia,pereka kasut tumit tinggi pertama yang dicatatkan.Perugia disusuli oleh pereka-pereka kasut ternama yang lain seperti Roger Vivie dan Salvatore Ferragamo dalam industri fesyen kasut tumit tinggi/stiletto dunia.Artis terkenal dunia seperti Marilyn Monroe dan Audrey Hepburn telah menaikkan jenama Ferragamo dengan menjadi model jenama itu pada era 1950-an dan trend itu kekal sehingga ke hari ini.

Jika dilihat pada sejarah awalnya sahaja,jika kamu ‘berfikir’,kamu sudah mampu ‘membaca’ untuk apa sebenarnya memakai kasut bertumit tinggi/stiletto ini jika bukan untuk ‘mempamerkan’ & ‘menonjolkan’ diri agar dilihat statusnya lebih ‘tinggi’ dengan bertambahnya ketinggian dengan bantuan stiletto 1 2 inci ;)

*Aku tidak akan memberi huraian panjang pada setiap 'kelebihan',hanya sedikit pengenalan.Gambar lebih menarik dan meyakinkan.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap 'kelebihan',boleh dicari melalui 'Google'.

10 ‘Kelebihan’ Stiletto


(1)Mengubah postur badan secara ‘paksa’


-Mengangkat punggung dan menolak dada ke hadapan dengan meningkatkan sudut ‘lumbosacral’,L5SI,menyebabkan berlakunya ‘lumbar lordosis’.Dek kerana daya tekanan pada sendi ini,maka pemakai lebih terdedah dan mudah mendapat (2)‘Osteoarthritis’.



-‘Alignment’/penjajaran yang tidak betul pada pinggul dan tulang belakang ini seterusnya akan menyebabkan kesakitan dan (3)‘Chronic hip flexor tightness’

*Harus diingatkan,semakin tinggi tumit,semakin berat tekanan pada bahagian kaki hadapan.Menurut kajian,1 inci tinggi tumit memberi 22% tekanan lebih/abnormal pada bahagian hadapan kaki.2 inci,57% dan 3 inci,76%.Jika berlarutan dan dipakai dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan:

(4)‘Stress fracture of the toes’/Keretakan dek tekanan pada jari-jari kaki



(5)‘Hammertoes’ 














(6)‘Metatarsalgia’/Kesakitan pada jari-jari kaki di bahagian tulang metatarsal












(7)’Bunions’/’Hallux valgus’









8)'Chronic Tightness of the calves'




(9)’Achilles Tendonitis’



























(10)’Haglund’s Deformity’/Pembesaran tulang pada bahagian belakang tumit












Di sini aku sertakan juga 2 gambar sebagai rumusan pada setiap 'kelebihan' memakai kasut tumit tinggi/stiletto supaya pembaca mudah mendapat gambaran menyeluruh.


Aku harap 10 'kelebihan' ini mampu 'membuka mata' kaum Hawa.

Ingat,kaki banyak digunakan untuk beribadat,khususnya solat,maka jagalah kaki dengan sebaiknya kerana kita mahu sesi kita bersama DIA itu menjadi satu sesi yang berkualiti dan selesa agar khusyuk mampu kita kecapi bersama.

Beauty is Pain?Beautiful:Painful?
To be beautiful is not painful.It's totally painless if you're not a fool.

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com