TEKAN INI!!

Friday 9 May 2014

Peluang lihat hujan meteor pada 23, 24 Mei



KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada
23 dan 24 Mei ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata    Angkasa dalam kenyataan hari ini.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaranberbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.


Tetapi janganlah kita meniru perlakuan mahupun perbuatan orang putih dengan berhajat apabila melihat hujan meteor.Kerana itu adalah perbuatan syirik yang menyebabkan Allah S.W.T murka..-TEMBAM



                         


                                               
                                                                                         


















No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com