TEKAN INI!!

Monday 12 May 2014

“DAKWAAN SEDANG BERUSAHA RUJUK SEMULA BEKAS ISTERI” – ADAM AF AKHIRNYA “BUKA MULUT”




TEMBAM-Terkini timbul pula desas-desus dakwaan bahawa pasangan ini sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka dan dikatakan bakal rujuk semula tidak lama lagi.


Namun, menerusi laporan Melodi, Adam menafikan dakwaan tersebut meskipun mengakui masih lagi menghubungi bekas isterinya itu.

Khabar itu tidak benar. Belum ada lagi keputusan atau tindakan untuk kami merujuk. Cuma apa yang perlu diketahui oleh orang di luar sana, saya dan Fiza baik-baik sahaja, masih lagi ‘keep in touch’.

Kami ada berjumpa sekejap. Tapi berborak biasa sahaja, menasihati antara satu sama lain selepas berpisah. Berjumpa kerap tiada. Sekarang lebih berkomunikasi melalui telefon.”

Apabila ditanya mengenai perasaan Adam terhadap Fiza, jejaka itu mengakui masih mempunyai rasa sayang dan rindu kepada bekas isterinya itu.

“Saya percaya kalau ada jodoh, kami akan bersatu kembali. Kalau tiada saya redha. Dari segi pulihkan semula hubungan, sebelum ini memang dah pulih. Sebagai kawan, sebagai bekas pasangan suami isteri. Tapi untuk bergelar sebagai suami isteri, masih belum lagi.”

Dalam pada itu, Adam juga sempat memberi nasihat kepada Fiza supaya wanita itu agar menjaga diri dan tabahkan hati untuk menempuhi dugaan kehidupan.

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com