TEKAN INI!!

Sunday 7 April 2013

Ustaz Azhar Idrus Bakal Jadi Pelakon

 

Ustaz Azhar Idrus Berlakon Filem Arahan Pierre Andre | Walaupun belum 100% disahkan, ada ura-ura mengatakan bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bakal membintangi sebuah filem di bawah arahan Pierre Andre.


Mengikut perancangan, filem terbitan MIG yang bertajuk “Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang” akan diterajui oleh Shiro dan Ustaz Azhar Idrus.

Namun begitu, menurut Pierre Andre sendiri, Ustaz Azhar Idrus masih belum memberikan kata putus sama ada mahu terlibat atau tidak dengan filem ini. Kata Pierre Andre,"Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus.

Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut.

Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini."

Kalau jadilah UAI membintangi filem ini, nampaknya medium dakwah beliau akan berkembang ke layar perak pulak. Pasti ramai yang teruja nak menontonnya.

 

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com