TEKAN INI!!

Sunday 7 April 2013

Terliur! Sepuluh Makanan Paling Pedas Di Dunia (Menarik!)

Terliur! Sepuluh Makanan Paling Pedas Di Dunia (Menarik!)  | Makanan pedas sememangnya sering menjadi pilihan rakyat Malaysia khususnya orang Melaka dan Negeri Sembilan. Namun dalam kita merasai masakan pedas, pernahkah kita mengetahui sebenarnya terdapat makanan yang paling pedas di dunia. Jadi KisahBest.My akan berkongsi dengan anda tentang 10 jenis makanan yang direkodkan antara paling pedas di dunia. Jom lihat gambar di bawah ini.

1 


10. TOM YUM – SIAM
Sup asam pedas dari Thailand ini memang sangat menggoda, aroma yang memikat dan menjanjikan pedas yang menyengat. Variasi dari Tom Yum ini banyak, antara lain adalah Tom Yum Gai (ayam) atau Tom Yum Pla (seafood), rasa pedas yang ada berasal dari cili yang disebut Thai Bird’s Eye Chilis, air limau nipis dan daun jeruk purut. Menu ni rasa yang cukup untuk menbuat lidah anda seperti dalam ketuhar.


 9. SHRIMP CREOLE – AMERIKA
Masakan ini berasal dari Amerika Syarikat bahagian Selatan, dan merupakan comfort food buat mereka yang stim bila rasa terbakar kat dalam mulut. Campuran bahan makanan ini sederhana, seperti cili, tomato, udang dan ayam, dan rasa pedas makanan ini didapati dari cilii segar dan cayenne pepper.

papa-huancaina

8. PAPA A LA HUANCAINA – PERU
Makanan ringan seperti salad kentang, yang berisi kentang rebus sejuk, dan disajikan dengan sos Huancaina. Penyajian lengkap makanan ini selalu melibatkan daun salada, buah zaitun hitam, biji jagung, dan potongan telur rebus. Sos Huancaina inilah yang membuatnya ekstra pedas, kerana selain dibuat dari keju, susu kental, garam, salah satu bahannya adalah cili yang disebut Amarillo chili.

Lobak-typepad-com

7. LOBAK DENGAN LADA SICHUAN – CHINA
Pada umumnya salad disajikan segar dengan sedikit rasa masam, tapi salad yang ini sangat berbeza. Lobak dengan Lada Sichuan dan potongan cili merah. Jadi dalam makanan ini anda akan rasa manis, pedas, dan rangup. Memang makanan yang disajikan dengan hebat dan membakar.Cabai yang digunakan? Bird’s Eye Chilis. Jika cabai ini masih kurang, ingat.. ada Lada Sichuan.

276-kimchi-al-bibimbap

6. Kimchi Al Dolsot Bibimbap – KOREA
Bibimbap? Kimchi? nama pelik cuba anda lihat satu persatu. Kimchi adalah acar kobis, yang dicampur dengan bawang putih, bawang merah, cabai, dan halia! Pedas? Sangat! makanan ini juga disediakan panas! Bayangkanlah, rasa pedas bawang dan cibi serta halia yang digabungkan.. pasti menyengat!
Bibimbap adalah makanan klasik korea, yang terdiri daripada nasik, sayor tumis, daging, telur goreng dan semestinya sambal.

chicken

5. CHICKEN WING SUICIDE – AMERIKA
Entah kenapa orang Amerika suka sangat dengan sayap ayam yang digoreng kering, kemudian dicampur dengan bahan panas-pedas yang menurut mereka ‘boleh membakar perut’. Biasanya bahan-bahan campuran berupa campuran Sos Tabasco, potongan cabai kering, dan cabai segar cincang.

jerk

4. JERK CHICKEN – JAMAICA
Bukan ganas sahaja, tapi makanan nijuga best dan sangat mengenyangkan. Bahan campuran khas dari daerah Asia dan Afrika, yang hangat dan beraroma. All spice, cengkeh, kayu manis, daun bawang, pala, thyme dan bawang putih, semuanya ada rasa hangat, yang diperkuat oleh cili Scotch Bonnet yang dikatakan boleh buat orang sasau setelah menelan. Ramai orang kata best

ethiopia-wot

3. WOT – ETHIOPIA
Mungkin ramai orang yg tidak terfikir Afrika juga ada makanan pedas, tapi Ethiopia terkenal dengan Wot (sejenis tumisan). Wot yang paling power musti dicampur satu kilo bawang merah dan bawang putih, beberapa biji halia, dan barbere (campuran bahan kering dan cili kering).
Makanan luar biasa ini dibuat daripada sup ayam, yang diberi bahan seperti di atas, dan direbus selama beberapa jam, sampai semua bahan dapat dirasai. Panas dari cili dan bahan yang ada juga tak ketinggalan sikit pon. Setelah masak, makanan ini disajikan di atas piring roti dan boleh dibelasah ngan telur rebus.
 
vindaloo

2. VINDALOO – INDIA
Vindaloo pedas sebab daging yang digunakan dalam masakan ini direndam dalam cuka & ditambah ngan cili kering, ketumbar & halia yg pedas. Semuanya akan bekerjasama membuatkan daging yang ada kat dalam menyengat habis!

sambal-ulek

1. SAMBAL ULEK – INDON
Walaupun ia hanya sekadar menu sampingan untuk melazatkan dan membuka selera. Dan ternyata sambal ini 10 kali lebih pedas daripada Thai Bird’s Eye Chili.
Menurut lidah orang barat, sambal ulek ini ultra pedas, dan satu-satunya cara untuk menahan rasa pedasnya, adalah makan makanan lain sebanyak mungkin. uhmm..ada chance yg nih sama cam kat warong penyet the curve tu kot?

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com