TEKAN INI!!

Saturday 13 April 2013

SEJARAH | David Copperfield Ke Malaysia (1988)

 

Ahli silap mata yang paling terkenal pada 1980-an, David Copperfield telah hadir ke Kuala Lumpur pada 20 Jun 1988 untuk membuat beberapa persembahan. Sebelum itu
rakyat Malaysia sudah sering disajikan dengan persembahan ilusi beliau yang begitu menakjubkan melalui beberapa rancangan TV. Persembahan David Copperfield yang paling menjadi topik perbualan ialah apabila beliau berjaya membuat ilusi yang meyakinkan dengan berjalan merentasi Tembok Besar China pada 1986.



Kebanyakan orang pada 1980-an (malah sekarang pun!) yang mempercayai perkara mistik dan khurafat sering mengaitkan persembahan David Copperfield dengan penggunaan ilmu sihir dan bantuan makhluk halus, kerana kepada golongan sebegitu persembahan ilusi yang pelik tidak mampu untuk dijelaskan secara logik akal akibat daripada pemikiran mereka yang cetek.


 Walau bagaimanapun, ketika di Kuala Lumpur David Copperfield cuma membuat persembahan silap mata yang biasa sahaja dan tiada ilusi luar biasa yang menjadi ingatan.


Fakta Ringkas

David Copperfield pernah hadir ke Kuala Lumpur pada tahun 1988 untuk membuat persembahan silap mata yang luar biasa. Pada masa ini beliau mahu membuat persembahan untuk menghilangkan bangunan parlimen tapi tidak dibenarkan oleh kerajaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com