TEKAN INI!!

Friday 5 April 2013

Rozita Che Wan&Zain Saidin akui bernikah tapi bukan Julai ini

2262013_rcwzainxjulai-a

Hubungan mesra bersulam cinta di antara pelakon Zain Saidin dengan wanita buruan ramai, Rozita Che Wan akhirnya telah menemukan perhentian terakhir iaitu ke jinjang pelamin. Perkara ini disahihkan oleh Rozita sendiri melalui kenyataan di akhbar Harian Metro bertarikh 26 Februari, hari ini.


Dalam petikan artikel bertajuk ‘Kami Akan Bernikah’ itu, aktres cantik tersebut dikatakan telah membuka mulut mengenai perancangan awal hari bahagianya bersama Zain Saidin, 29 yang dijadualkan akan berlangsung pada penghujung Julai ini.

Aktres jelita yang sering dikaitkan dengan ramai jejaka itu juga turut memuji jejaka kacukan Melayu Inggeris itu romantik. Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu dilihat seakan terharu dengan tindakan berani Zain melamarnya. Bagi Che Ta, sesiapa sahaja boleh mengucapkan rasa cinta tetapi Zain berani untuk menjadikan Che Ta isteri yang sah.

Setelah mendapat perkhabaran terbaru hubungan cinta merpati dua sejoli ini, murai.com.my menghubungi sendiri Che Ta bagi mendapatkan komen mengenai hal ini. Aktres berusia 42 tahun ini nyata terkejut dengan berita mengatakan di bakal berkahwin pada Julai depan.

“Saya pun tidak tahu macam mana boleh terkeluar cerita mengatakan saya akan berkahwin pada bulan Julai. Untuk pengetahuan semua, jadual saya dah betul-betul padat sampai penghujung bulan Julai. Memang saya ada beritahu kami akan berkahwin, Insya-Allah pada penghujung tahun ini.

“Sekarang saya sibuk dengan rakaman rancangan Primadona. Rakaman daripada pagi hinggalah ke malam. Sebab itu ada kenyataan mengatakan Zain terkejut mengenai hal ini kerana saya pun tidak sempat berbicara dengannya mengenai hal ini.

“Kadang-kadang takut nak bagi komen atau bercerita sebab takut tersalah cakap lain pula maksud yang orang paham,”ujarnya lkepada portal Murai melalui kiriman SMS yang dihantar setelah berita hangat ini terpapar di Harian Metrro.

Mana satu tarikh yang sebetulnya, hanya tuan badan sendiri yang tahu bila dia bakal bergelar isteri kepada Zain Saidin. Antara perkhabaran lain, Che Ta yang bakal menginjak usia 42 pada 9 Mac ini bakal beraksi dalam program masakan, Masterchef Selebriti musim kedua yang akan bermula 7 Mac ini, begitu juga Zain yang turut menjadi salah seorang peserta program realiti tersebut.

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com