TEKAN INI!!

Tuesday 9 April 2013

IRON LADY WANITA BESI BRITAIN MARGARET THATCHER MENINGGAL DUNIA

 

Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher meninggal dunia akibat strok, kata seorang jurucakap keluarga mendiang. “Dengan rasa penuh kesedihan, Mark dan Carol Thatcher mengumumkan bahawa ibu mereka, Thatcher meninggal dunia selepas diserang strok pagi ini,” kata jurucakap tersebut, Tim Bell. Beliau merupakan satu-satunya Perdana Menteri Britain daripada kalangan wanita.

Thatcher, 87, yang menerajui Parti Konservatif untuk memenangi tiga pilihan raya umum, mentadbir kerajaan dari tahun 1979 hingga 1990. Penggal tersebut adalah yang tempoh pentadbiran berturut-turut terpanjang pernah dipegang oleh seseorang perdana menteri sejak awal kurun ke-19.

Berikut adalah profil & sejarah penting yang berlaku di bawah kepimpinan Thatcher:

13 Okt 1925: Margaret Hilda Roberts dilahirkan di Grantham, Timur England.

Okt 1943: Mengikuti program ijazah sarjana muda kimia di Oxford University.

13 Dis 1951: Berkahwin dengan ahli perniagaan Denis Thatcher.

15 Ogos 1953: Melahirkan pasangan kembar Carol dan Mark.

8 Okt 1959: Parti Konservatif pimpinan Harold Macmillan menang pilihan raya. Thatcher terpilih sebagai ahli parlimen untuk kawasan Finchley, Utara London.

15 Okt 1964: Terpilih semula sebagai ahli parlimen di sebalik kekalahan Parti Konservatif di tangan Buruh.

19 Jun 1970: Konservatif kembali berkuasa di Britain. Thatcher dilantik Setiausaha Pendidikan dan Sains Kerajaan Baru Konservatif.

11 Feb 1975: Thatcher secara rasmi terpilih sebagai pemimpin Parti Konservatif.

3 Mei 1979: Parti Konservatif pimpinan Thatcher menang besar pilihan raya Britain sekaligus mengangkat sumpah sebagai perdana menteri wanita pertana Britain.

2 Apr 1982: Krisis bermula apabila junta tentera Argentina melancarkan serangan ke atas Kepulauan Falkland Islands; Thatcher menghantar bala tentera untuk mempertahankan kedaulatan pulau itu.

14 Jun 1982: Argentina menyerah diri dan berundur dari Falkland – melonjakkan populariti Thatcher di tanah air.

9 Jun 1983: Thatcher mengumumkan pilihan raya baru dan sekali lagi menang besar.

12 Okt 1984: Tentera Pemberontak Republik Irish melancarkan serangan bom ketika Parti Konservatif mengadakan Persidangan Tahunan mereka di hotel penginapan Thatcer di Brighton, Selatan England; beliau terselamat tetapi lima lagi maut.

20 Nov 1984: Britain mengikuti langkah Malaysia menswastakan Jabatan Telekom.

19 Dis 1984: Thatcher menandatangani deklarasi bersama untuk menyerahkan kembali Hong Kong kepada China menjelang Julai 1997.

11 Jun 1987: Thatcher mengetuai Konservatif untuk kemenangan kali ketiga parti itu dalam pilihan raya Britain.

9 Ogos 1990: Thatcher memberikan komitmen Britain untuk membantu Amerika Syarikat membebaskan Kuwait selepas negara itu diserang dan ditawan oleh Iraq di bawah kepimpinan Saddam Hussein.

28 Nov 1990: Meletak jawatan selepas berlakunya percubaan untuk mendesaknya berundur dari dalam partinya sendiri.

30 Jun 1992: Mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara (House of Lords) sebagai Baroness Thatcher of Kesteven.

26 Jun 2003: Suami, Denis Thatcher meninggal dunia.

7 Dis 2005: Anak perempuannya Carol mengesahkan yang Thatcher menderita daripada lupa ingatan.

8 Jun 2010: Selepas Parti Konservatif memenangi semula pilihan raya, Perdana Menteri David Cameron telah menjemput Thatcher ke Downing Street untuk menghargai jasa beliau kepada negara.

20 Dis 2012: Dimasukkan ke hospital selepas masalah hempedu.

8 Apr 2013: Iron Lady Wanita Besi Britain Margaret Thatcher Meninggal Dunia. Disahkan meninggal dunia pada usia 87 tahun selepas diserang strok.

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com