TEKAN INI!!

Saturday 6 April 2013

Benitez puji kebangkitan Torres


 

ENGLAND - Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez memuji Fernando Torres selepas penyerang itu meledak dua gol untuk membolehkan Blues meraih kemenangan 3-1 ke atas Rubin Kazan pada saingan suku akhir Liga Europa, kelmarin.

Torres menjaringkan gol pertama dan ketiga pada minit ke-16 dan ke-70 manakala satu lagi jaringan Chelsea hadir menerusi pemain tengah Victor Moses minit ke-32.
Keputusan itu membolehkan Chelsea berkunjung ke Moscow dengan bekalan selesa untuk saingan suku akhir kedua minggu depan.
"Jaringan itu amat bagus untuk keyakinannya.
"Kerja kerasnya selama ini berbaloi dengan gol yang diperoleh. Malah, saya amat bangga terhadapnya.
"Saya telah katakan sebelum ini bahawa dia telah menjalani latihan dengan baik. Hari ini dia telah menjaringkan dua gol dan diharap dia mampu kekalkan prestasinya pada perlawanan selepas ini," kata Benitez.
Pada perlawanan kelmarin kedua-dua pasukan bermain seimbang sebelum gol pertama Chelsea diperolehi melalui Torres.
Jaringan awal Chelsea itu bagaikan memberi tekanan buat Rubin Kazan sebelum dihadiahkan sepakan penalti menerusi Bebars Natcho minit ke-41.
Separuh masa kedua kelebihan memihak kepada Chelsea tambahan pula apabila beraksi di laman sendiri sekali gus memudahkan Blues untuk menambah jaringan kedua dan ketiga.
"Mereka telah melaksanakan tugas dengan baik dan kami mengawal permainan untuk menang 3-1.
"Sungguhpun keputusan penalti itu memberikan kesan kepada kami namun kami berupaya mengatasinya pada separuh masa kedua," kata Benitez.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20130406/sl_01/Benitez-puji-kebangkitan-Torres#ixzz2Ph4CP3FM
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com