TEKAN INI!!

Tuesday 16 April 2013

[6 Foto] Misteri Pembunuhan Syaleza

 
1.Polis Tahan Anggota Keluarga Syaleza

KUALA LUMPUR – Polis sudah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, lewat petang semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.

“Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” kata Arjunaidi.

Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada 7 malam, selepas pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

2.Ketua Polis Selangor Sahkan Syaleza Mati Dijerut

Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza adalah anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. – BERNAMA

3.Apa Kaitan Status BBM Syaleza Dengan Kematiannya?

Syaleza ditemui meninggal dunia di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya malam kelmarin.

Kematiannya itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sebelum disahkan meninggal dunia, Syaleza ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya, Norazman Bashah dalam salah sebuah biliknya di kediaman mereka sekitar jam tujuh malam.

Suaminya memberitahu, dia terdengar bunyi dentuman kuat dari dalam bilik dan bertindak memecahkan pintu bilik itu setelah beberapa panggilan memanggil Syaleza keluar dari bilik untuk berbuka bersama tidak disahut.

Namun, dia menemui isterinya yang sudah tidak sedarkan diri.

Norazman kemudian menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan dan isterinya itu telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sejurus selepas itu.

Syaleza telah disahkan meninggal dunia dan setakat ini polis mendapati tidak ada unsur jenayah yang dilaporkan.

Sebelum Syaleza ditemui meninggal dunia, dia telah bertengkar dengan suaminya sebelum masuknya waktu untuk berbuka.

Syaleza dikatakan telah merajuk dan lari masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik.

rumah Syaleza di tingkat 1 yg ada aircond tu...
foto:Roslan salleh
Jiran rumahnya memaklumkan turut mendengar pertengkaran yang terjadi antara Syaleza dan Norazman yang dikatakan puncanya adalah kerana suaminya pulang kerja lewat.

Turut ditemui, telefon pintar milik Syaleza, Blackberry yang mempunyai status sedih iaitu ‘Sabarlah duhai hati… :’(sebelum dirinya ditemui mati).

Apakah yang sebenarnya terjadi?

Apa-apa pun, kita tunggu siasatan lanjut dari pihak polis berhubung kes ini sama ada terdapatnya unsur jenayah atau tidak.

Semoga, segalanya dipermudahkan. InshaAllah.

Oleh: SORAYA IMAN

p/s siapa bunuh Syaleza?

No comments:

Post a Comment

oH beloG

Salam.my

GIla Ping

Cari Member.com

www.tinjau.net

auto ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Total ping

My Ping in TotalPing.com